Powered By Blogger

Monday, February 7, 2011

Ujian pertama Rajagopal

Hari Rabu ini skuad K Rajagopal yg gah dikenali sbg Harimau Malaya akan menghadapi ujian pertama utk tahun 2011 ini apabila turun menentang skuad Hong Kong dalam perlawanan persahabatan yg boleh dikatakab sbg pemanas badan sebelum skuad kebangsaan akan menghadapi pra kelayakan olimpik 2012 di London di mana mereka dijangka akan menentang Pakistan sebelum menyusuri ke kempen kelayakan sebenar nanti.
Selepas kejayaan membanggakan dalam kempen Piala Suzuki AFF pd hujung tahun lepas,kali ini skuad yg dibarisi ramai pemain berusia bawah 23 tahun ini akan diserap dgn taktik dan formasi baru yg pasti sudah ada dlm fikiran Rajagopal.Beberapa pemain yg tidak menyertai Skuad Piala Suzuki,kembali dipanggil oleh Rajagopal utk memperkuatkan skuad Harimau Malaya antaranya Aidil Zafuan,Fakri Saarani,Farizal Marlias,S Chanturu,G Mahathevan & Shahrizal Saad.
Apa yg menjadi persoalan di sini ialah pemilihan utk kapten pasukan.Hal ini berlaku apabila kembalinya kapten yg tersisih iaitu Aidil Zafuan yg kembali daripada kecederaan panjang serta turut menjadi pilihan ialah kapten yg menjulang Piala Suzuki AFF iaitu Safiq Rahim.Kedua2 pemain yg berusia 24 thn itu dilihat mempunyai karakter masing selaku kapten pasukan.Namun begitu,bagi Safiq Rahim,sesiapa pn yg menjadi kapten tidak menjadi masalah kerana yg didahulukan adalah skuad kebangsaan.
Mengikut ranking terbaru yg dikeluarkan oleh Badan Induk Bola Sepak Antarabangsa  (FIFA),Malaysia sedikit berada dihadapan Hong Kong dgn menduduki ranking ke-140 manakala Hong Kong pula berada pd ranking 143.Sekiranya ranking menjadi perkiraan,maka skuad kebangsaan tidak menghadapi masalah utk mencatatkan kemenangan.Namun,semuanya bergantung kepada pemain,sejauh mana mereka mampu memberikan yg terbaik utk mencipta kemenangan.
Apapun kita mengharapkan kemenangan terus dicipta utk kita terus memberi amaran bahawa bola sepak negara sudah bangun drp mimpi bermula dr kejayaan Piala Suzuki AFF serta emas sukan SEA 2009.Kepada mereka yg berada dilembah Klang,jgn lupa memberikan sokongan kpd Harimau Malaya pd 9/2/2011 di Stadium Shah Alam.Ayuh,Malaysia Boleh!!!!!!

No comments:

Post a Comment