Powered By Blogger

Thursday, April 21, 2011

Perpisahan yang penuh bermakna

Asslmualaikum & slmt pg kpd rakan2 sekalian..jam skg dh pkl 2 pg..dh lama rsnya x create somthing kt blog ni...'perpisahan yg penuh bermakna' tajuk yg aku pilih,pelik kn,slalunya aku tulis psl sukan je,tp kali ni cm tajuk sedih jer kn?i2 la tajuk yg dpt aku pilih pg ni.
alhmdulillah,bsyukur kpd Allah swt,kerana berkat n kurnianya,akhirnya aku bakal menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia(UUM) setelah 3 tahun plbgi liku2 kehidupan telah aku lalui sama ada suka mahupun duka..kalo d pkkn blk,sblm msk UUM ni,x tjangkau dek akal ni aku akan jejak universiti utk smbg pengajian di prgkt Ijazah,mn tidaknya,sume result exam yg besar2 xdela bgs sgt pn..tp alhmdulillah,dgn usaha,serta doa dan juga izinNya akudpt jejak ke UUM ni..skurang2nya,cita2 arwah ayah aku n mak aku utk tgk anak dia msk U tcapai..jasa kalian berdua tidak akan aku lupa n akan aku kenang dlm doaku..
Cite hal kt U ni lak,erm,mcm2 la..ramai kwn2 aku jmpa,mcm2 org..perak,jhr,s'gor,kelantan,sbh,srwk,sume la sng...sahabat2 aku,pojit,jera,epi,alip,zack,haris,noin,ikah,mekti,anis,ct fatimah,emah,(daus,aman,pendi(x rumet),huhu n rmai lg la...korg mmg sempoi,mcm2 hal dh aku blaja dr korg sume..ape yg baik aku jadikn tauladan n apa yg buruk 2 aku jadikn smpdn..
sedih lak rasanya nk berpisah ngn korg2 sume,pas ni sume dh wat hal msg2,cnfrm pyh nk jmpa dh..mybe time konvo nnti la leh jmpa kot,i2 pnade yg thn ni,ade yg thn dpn,pyh la cmni,haha..ni baru bab kwn,kalo bab stdy lak,erm,nth ler,penat dh aku nk stdy,nsb bek la last sem,mcm2 hal blaku,tp aku anggap ni sbg cabaran n ujian drpNya yg sememangnya mahu melihat sejauh mn Ketaqwaan n Keimanan kita kpdnya..tp cm bnyk idea nk tulis,tb2 idea 2 sume dh lari..cm xnk bg aku bsedih je..rumet aku,epi dh tdo,bdengkor,mybe tgh mmpikn makwe dia kot,hehe..
sebut je psl makwe,erm,wat stkt ni aku xde makwe lg la,3 tahun aku kt cni,xde yg melekat pn..bknnye x cari,tp mls pn ade gak,kalo pk2 blk,letih gak kalo couple2 ni,wat penin kpala je..nnti dh keje nk couple ikut suke la kn,time2 ni byk sgt nk pknyer..erm,tp wlupn xde mkwe,ade la menaruh hati kt sorg gadis ni..cmne leh aku tpikat?owh,i2 xleh cite la,nnti kalo ade jodoh n rezeki ngn dia,aku bgtau la sbb ape aku tpikat ngn dia..bgtau ckit jela,orgnye cukup manis,sbb taruk gula,hehe,comel,n kalo tgk dia,buat lidah aku tkelu utk bkata2,wah,bmadah lak kn,hehe..tp i2 la yg sering blaku kt aku,time chat or msj ok je,time bjmpa,xtau nk ckp ape..ape2 pn dia gadis yg bagus,aku xnk letak hrpn yg tinggi,sbb aku takut,pisang b'buah 2 kali...tp,aku nk dia tau,skg ni aku cinta n sygkn dia,wlupn bg dia,aku ni hanya sekadar seorg kwn..ssh sgt nk dkt dgn dia,i2 la sbb aku makin cuba utk dkt ngn dia,wlupn sukar..tp kalo aku usaha utk dptkn dia n smbl bdoa,insyaAllah..tp  kalo dia bkn yg tbaik wat aku,aku redha,kerna Dia lebih tau ape yg tbaik utk aku,tp sukarkn nk lupakn kalo kita dh cinta n sygkn seseorg..erm..
pas ni,kalo dh kuar dr u ni,time2 bosan kalo t'igt time stdy dlu,msti sedih kn..mn xnya,ni la msnya yg plg best hidup..
erm,k la,aku pn cm dh mls je nk tulis ni..mata pn dh makin berat,huhu..nnti aku continue lg ok...bye korg sume,nite,asslmualaikum..

Tuesday, March 22, 2011

Dunia Sukan pemotoran kembali rancak

Asslmualaikum dan salam sejahtera...dh lama x menulis ni ha..ok,utk kali ni nk borak sal title aku ni..pelik je tajuk dia,mcm sblm2 ni sukan x rancak je kn,hehe..cm ni,ok,skg Moto Gp n Formula 1 kembali menggegarkn litar2 di seluruh dunia..Start bulan ni la dia mula..time aku menulis ni Moto Gp dh start dh mggu lepas kt Litar Losail kt Qatar..Qatar jd pembuka tirai Moto Gp tahun ni,utk clz Moto Gp,Casey Stoney dr Australia mencul juara,kali ni dia mng dgn moto Honda lak..sbnrnya dh lama Honda x mng pembuka tirai,kalo x silap,last skali 5 tahun lps kot time Nickey Heyden mng dlu..utk kategori Moto 2 @ dlu dikenali sbg 250cc dimenangi oleh Stefan Bradly..utk kategori 125 cc lak pemenangnya ialah Nicol Teroll yg bwk moto Aprillia,fuhh,mmg laju kot moto ni..tambah menarik utk kategori 125 cc ni ade pelumba Malaysia iaitu Zulfahmi yg skg ni br umur 19 tahun.dia bawa moto Air Asia Sic Ajo,moto ape nth dia ni bwk..tp,sponsor dia Air Asia la..time lumba ari 2dia just dpt no 19 je,tp xpe,ini pglmn wat dia,lgpn dia ada masa dpn yg cerah kerana bukan shj umur dia yg masih muda,tp org kt bhgn Pit pakat duk puji dia sbb dia bwk moto bgs..nnti kalo ade rezeki dia,mn la tau Honda beli dia,fuhh,best kot..ok,utk perlumbaan seterusny akan diadakan di Litar Jerez,Spain pd 3&4 April nnti..
Formula 1 pula br nk buka tirai hujung bulan ni..kalo x dh Start dh mggu lps kt Litar Bahrain,tp sbb ade mslh politik kt negara 2,so pelumbaan dbtlkn..utk pelumbaan pembuka tirai ni dia wat kt Litar Melbourne,Australia..skg ni dh dgr mcm2 karenah dr pasukan msg2..ade yg ckp jentera dia dh ok n bersedia mberi cbrn kpd lawan msg2..ade gak pasukan yg masih lg tercari2 formula terbaik utk menghasilkn kereta yg mampu bersaing..antara yg sudh bersedia adalah dr pasukan Mercedez Gp.pemandu dia bekas juara dunia dr Jerman,Maicheal Shumacher n Nico Rosberg..pasukan yg mcm belum bersedia lak spt pasukan Mcleren yg dipandu oleh Lius Hamilton n Jenson Button..Hamilton ckp kereta dia xleh mampu bersaing sbb time sesi percubaan ari 2 kereta dia ggl utk memintas catatan masa yg dibuat oleh pasukan Redbull..em,mknenya,btlla ckp Hamilton 2..tahun ni nama Malaysia naik la,sbbnya ade 3 jenama pasukan adalah milik Malaysia iaitu Mercedez gp Petronas,Team Lotus n lotus Racing...ape2 pn,diharapkn setiap pskn bersedia utk menghadapi perlumbaan kali ini dgn menyajikn satu perlumbaan yg lebih sgt yg mampu menarik penyokng2 setia formula satu utk terus menyokong perlumbaan kereta terpantas di muka bumi ni ha...
ok,la ckit2 dh la..letih gak nk tulis pnjg2..ade gak la information yg aku tulis ni ha..kpd rakan2 yg meminati dunia pemotoran,jgn lupa utk terus saksikn perlumbaan Moto GP n Formula 1 spnjg tahun ni..
Sukan terbaik hanya di blog Ayam Tambatan..tq3..

Tuesday, March 8, 2011

Skuad Harimau Malaya perlu menang..

Asslmualaikum dan salam sejahtera..esok adalah penentu kpd barisan kendalian Ong Kim Swee dlm pertembungan pra-kelayakn olimpik apabila bkl turun menentang tuan rumah Pakistan. Dengan bekalan 2 gol selepas mng di Shah Alam tempoh hari,skuad Harimau Malaya yg diketuai oleh Khairul Fahmi Che Mat perlu bertungkus lumus utk memastikan pintu gol negara tidak dibolosi oleh barisan serangan Pakistan.
Sudah tentu Pakistan akan bermain bermati2an utk memastikan mereka dpt membalas dendam slps tewas pd perlawanan pertama dan seterusnya mng utk melayakkn diri ke psgn ke 2..
Ayuh,kpd semua penyokong harimau Malaya,pastikan anda terus menyokong pskn negara utk melayakkn diri ke sukan olimpik..Malaysia Boleh!!!!!!

Friday, February 11, 2011

kewujudan hari kekasih(Valentine day).Remaja Islam perlu hindarinya.

Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.(Just copy from other web).

Wednesday, February 9, 2011

Momentum stabil

Skuad Harimau Malaya mengekalkn momentum kemenangan setelah berjya menewaskan Hong Kong 2-0 pd perlawanan persahabatan yang diadakan di Std.Shah Alam malam tadi..Dua gol tersebut dijaringkan oleh ketua pasukan Safiq Rahim pd minit 44 dan Amirul Hadi pd minit 89.
Permainan cantik dan terkawal serta kemas dipamerkan oleh skuad kendalian K Rajagopal ini sehingga menyukarkan Hong Kong utk membuat hantaran dan gerakan utk mencari gol.Peluang yang banyak juga hadir daripada barisan pemain negara dengan beberapa percubaan berjaya diselamatkan oleh pertahann,penjga gol dan tiang gol Hong Kong.
Apapun,tahniah kepada semua pemain2 negara kerana menunjukkan komitmen yg tinggi dalam perlawanan malam tadi yg disaksikan ribuan penyokong di stadium dan jutaan penyokong yang menyaksikan melalui Astro Arena.

Monday, February 7, 2011

Ujian pertama Rajagopal

Hari Rabu ini skuad K Rajagopal yg gah dikenali sbg Harimau Malaya akan menghadapi ujian pertama utk tahun 2011 ini apabila turun menentang skuad Hong Kong dalam perlawanan persahabatan yg boleh dikatakab sbg pemanas badan sebelum skuad kebangsaan akan menghadapi pra kelayakan olimpik 2012 di London di mana mereka dijangka akan menentang Pakistan sebelum menyusuri ke kempen kelayakan sebenar nanti.
Selepas kejayaan membanggakan dalam kempen Piala Suzuki AFF pd hujung tahun lepas,kali ini skuad yg dibarisi ramai pemain berusia bawah 23 tahun ini akan diserap dgn taktik dan formasi baru yg pasti sudah ada dlm fikiran Rajagopal.Beberapa pemain yg tidak menyertai Skuad Piala Suzuki,kembali dipanggil oleh Rajagopal utk memperkuatkan skuad Harimau Malaya antaranya Aidil Zafuan,Fakri Saarani,Farizal Marlias,S Chanturu,G Mahathevan & Shahrizal Saad.
Apa yg menjadi persoalan di sini ialah pemilihan utk kapten pasukan.Hal ini berlaku apabila kembalinya kapten yg tersisih iaitu Aidil Zafuan yg kembali daripada kecederaan panjang serta turut menjadi pilihan ialah kapten yg menjulang Piala Suzuki AFF iaitu Safiq Rahim.Kedua2 pemain yg berusia 24 thn itu dilihat mempunyai karakter masing selaku kapten pasukan.Namun begitu,bagi Safiq Rahim,sesiapa pn yg menjadi kapten tidak menjadi masalah kerana yg didahulukan adalah skuad kebangsaan.
Mengikut ranking terbaru yg dikeluarkan oleh Badan Induk Bola Sepak Antarabangsa  (FIFA),Malaysia sedikit berada dihadapan Hong Kong dgn menduduki ranking ke-140 manakala Hong Kong pula berada pd ranking 143.Sekiranya ranking menjadi perkiraan,maka skuad kebangsaan tidak menghadapi masalah utk mencatatkan kemenangan.Namun,semuanya bergantung kepada pemain,sejauh mana mereka mampu memberikan yg terbaik utk mencipta kemenangan.
Apapun kita mengharapkan kemenangan terus dicipta utk kita terus memberi amaran bahawa bola sepak negara sudah bangun drp mimpi bermula dr kejayaan Piala Suzuki AFF serta emas sukan SEA 2009.Kepada mereka yg berada dilembah Klang,jgn lupa memberikan sokongan kpd Harimau Malaya pd 9/2/2011 di Stadium Shah Alam.Ayuh,Malaysia Boleh!!!!!!

Sunday, February 6, 2011

buku baru

asslmualaikum,salam sejahtera,salam harmoni n selamat petang..penulisan pertama utk blog ini.dh lama nk wat blog,tp rs cm mls lak,tp skg ade time free ckit,so wat jela,dh xtau nk wat lg dh duk kt blk ni sorg2..mklumla,cuti ry cina lg kn,mn la ade bdk sgt kt uum ni.em,xtau nk tulis ape la..ape pn,dlm blog ni,akan dilakukan mcm2 pkara yg berfaedah utk aku n mybe itk rakan2 yg akan berkongsi,mberikn komen n ape2 jela..hehe..ok..welcome.