Powered By Blogger

Friday, February 11, 2011

kewujudan hari kekasih(Valentine day).Remaja Islam perlu hindarinya.

Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.(Just copy from other web).

Wednesday, February 9, 2011

Momentum stabil

Skuad Harimau Malaya mengekalkn momentum kemenangan setelah berjya menewaskan Hong Kong 2-0 pd perlawanan persahabatan yang diadakan di Std.Shah Alam malam tadi..Dua gol tersebut dijaringkan oleh ketua pasukan Safiq Rahim pd minit 44 dan Amirul Hadi pd minit 89.
Permainan cantik dan terkawal serta kemas dipamerkan oleh skuad kendalian K Rajagopal ini sehingga menyukarkan Hong Kong utk membuat hantaran dan gerakan utk mencari gol.Peluang yang banyak juga hadir daripada barisan pemain negara dengan beberapa percubaan berjaya diselamatkan oleh pertahann,penjga gol dan tiang gol Hong Kong.
Apapun,tahniah kepada semua pemain2 negara kerana menunjukkan komitmen yg tinggi dalam perlawanan malam tadi yg disaksikan ribuan penyokong di stadium dan jutaan penyokong yang menyaksikan melalui Astro Arena.

Monday, February 7, 2011

Ujian pertama Rajagopal

Hari Rabu ini skuad K Rajagopal yg gah dikenali sbg Harimau Malaya akan menghadapi ujian pertama utk tahun 2011 ini apabila turun menentang skuad Hong Kong dalam perlawanan persahabatan yg boleh dikatakab sbg pemanas badan sebelum skuad kebangsaan akan menghadapi pra kelayakan olimpik 2012 di London di mana mereka dijangka akan menentang Pakistan sebelum menyusuri ke kempen kelayakan sebenar nanti.
Selepas kejayaan membanggakan dalam kempen Piala Suzuki AFF pd hujung tahun lepas,kali ini skuad yg dibarisi ramai pemain berusia bawah 23 tahun ini akan diserap dgn taktik dan formasi baru yg pasti sudah ada dlm fikiran Rajagopal.Beberapa pemain yg tidak menyertai Skuad Piala Suzuki,kembali dipanggil oleh Rajagopal utk memperkuatkan skuad Harimau Malaya antaranya Aidil Zafuan,Fakri Saarani,Farizal Marlias,S Chanturu,G Mahathevan & Shahrizal Saad.
Apa yg menjadi persoalan di sini ialah pemilihan utk kapten pasukan.Hal ini berlaku apabila kembalinya kapten yg tersisih iaitu Aidil Zafuan yg kembali daripada kecederaan panjang serta turut menjadi pilihan ialah kapten yg menjulang Piala Suzuki AFF iaitu Safiq Rahim.Kedua2 pemain yg berusia 24 thn itu dilihat mempunyai karakter masing selaku kapten pasukan.Namun begitu,bagi Safiq Rahim,sesiapa pn yg menjadi kapten tidak menjadi masalah kerana yg didahulukan adalah skuad kebangsaan.
Mengikut ranking terbaru yg dikeluarkan oleh Badan Induk Bola Sepak Antarabangsa  (FIFA),Malaysia sedikit berada dihadapan Hong Kong dgn menduduki ranking ke-140 manakala Hong Kong pula berada pd ranking 143.Sekiranya ranking menjadi perkiraan,maka skuad kebangsaan tidak menghadapi masalah utk mencatatkan kemenangan.Namun,semuanya bergantung kepada pemain,sejauh mana mereka mampu memberikan yg terbaik utk mencipta kemenangan.
Apapun kita mengharapkan kemenangan terus dicipta utk kita terus memberi amaran bahawa bola sepak negara sudah bangun drp mimpi bermula dr kejayaan Piala Suzuki AFF serta emas sukan SEA 2009.Kepada mereka yg berada dilembah Klang,jgn lupa memberikan sokongan kpd Harimau Malaya pd 9/2/2011 di Stadium Shah Alam.Ayuh,Malaysia Boleh!!!!!!

Sunday, February 6, 2011

buku baru

asslmualaikum,salam sejahtera,salam harmoni n selamat petang..penulisan pertama utk blog ini.dh lama nk wat blog,tp rs cm mls lak,tp skg ade time free ckit,so wat jela,dh xtau nk wat lg dh duk kt blk ni sorg2..mklumla,cuti ry cina lg kn,mn la ade bdk sgt kt uum ni.em,xtau nk tulis ape la..ape pn,dlm blog ni,akan dilakukan mcm2 pkara yg berfaedah utk aku n mybe itk rakan2 yg akan berkongsi,mberikn komen n ape2 jela..hehe..ok..welcome.